Rabu, 10 September 2014

Sederhana itu baik tapi...

Pada satu bahagian pada buku yang saya baca (Becoming the Woman God Wants Me To Be), si penulisnya mencatatkan demikian;

"Ingat, para perempuan, demi kerajaan syurga, demi kesopanan, dan ya, demi kemurahan: lebih banyak kain!"

Bahagian ini bercakap tentang cara berpakaian wanita masa kini (yang juga menurut saya menjadi suatu hal yang dititikberatkan sejak ketamadunan manusia). Mudah untuk menarik perhatian mata-mata jalang (termasuk 'mata-mata alim') melihat kepada aset-aset penting pada tubuh wanita, apa lagi bila aset-aset itu didedahkan.

Dalam banyak hal yang berkaitan dengan cara hidup, sederhana itu baik dengan kata lain, tidak lebih dan tidak kurang. Namun ada pengecualian dalam satu hal iaitu soal KAIN, lebih banyak lebih baik. Tapi bila terlalu banyak sampai meleret-leret (berlebihan) juga menjadi masalah, takut dikatakan membazir pula.. hahahaha...^^
Terutamanya bila kita seorang perempuan, kita perlu mengenakan lebih banyak kain untuk menutupi lengan atas kita, menutupi lutut kita, dan please, please, please lebih banyak kain untuk menutup belahan dada kita.

Beruntunglah anda yang memiliki bentuk tubuh yang menarik dan mempersona, dan beruntung juga suami anda, namun orang yang lain tidak perlu melihat semua itu.

Mungkin kita harus membelanjakan lebih wang kita pada kain yang mahal dan berkualiti baik bagi menyaluti tubuh berharga kita kerana tubuh yang ditutup dengan kain yang murah dan nipis yang mendedahkan rahsia tubuh mu hanya kelihatan bagus pada pandangan mata orang-orang tertentu sahaja (sorry to say ^^).

Emmm.. cukuplah setakat ini, takut ada yang terasa hati pula.. besok kita sambung cerita lain lagi ya. :-)

Salam damai.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan