Salam Disember...
Dalam kesibukan bulan ini, nampaknya sang hati masih punya waktu untuk merasa sakit. Wajar saja kan.. Kita tidak kebal terhadap kesakitan. Rasa sakit itu diakibatkan oleh banyak penyebab. Keadaan yang disebut sebagai sakit hati selalu dikaitkan dengan kekecewaan, amarah, cemburu, dan anda lebih tahu yang selebihnya....
Sakit hati yang tidak dirawat berakibat fatal! Tidak kurang orang yang membunuh diri sendiri akibat daripada sakit hati ini. Seseorang pernah berkata "saya boleh memaafkan anda, namun luka di hati saya bawa sampai ke mati". Kesakitan akibat hatinya dilukai mempengaruhi seluruh hidupnya. Semangat hidupnya dirampas dek kelukaan hatinya. Seperti penyanyi Citacitata katakan dalam lagunya, sakitnya tuh disini di dalam hatiku.... (Bila orang yang sedang sakit hati mendengar lagu ini, bertambah parah sakitnya - lebih baik jangan dengar.... Hehehe)
Hello guys, hidup mesti diteruskan. Come on! Jangan terlalu cepat menyerah kalah pada rasa sakit yang di hati itu. Anda dapat mengawalnya. Anda dan saya tidak dicipta oleh-NYA hanya untuk merasa sakit hati kemudian mati oleh sakit hati itu. Anda lebih bernilai dari itu.
Life must go on, you lost your way but hope is not gone. Keep rolling, life must go on!
God bless you.
Ahad, 21 Disember 2014
Khamis, 18 September 2014
There Is A Way To Stay Out...,
"There is a way to stay out of hell, but no way to get out"
On a wall somewhere, quoted this phrase on a piece of paper. Saya rasa ada tarikan pada frasa tersebut sehingga saya mahu menulis tentangnya.. (jika anda merasa kurang selesa untuk meneruskan pembacaan terhadap tulisan ini, ngak apa-apa kok...^^)
But, the question is how many people who believe in the existence of hell? Do you believe? Mungkin sebelum sesiapa pun percaya tentang kewujudannya, pasti soalan atau pertanyaan yang keluar adalah
- Apakah neraka itu benar-benar ada?
- Macam apa bah neraka itu? (versi Sabah ^^)
Menurut satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat (anda yang membaca tulisan ini bolehlah menyumbangkan buah fikiran anda pada ruang komen di bawah bagi menunjukkan pendapat anda secara peribadi..tapi, mohon ya dengan bahasa yang sopan supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.. TQ), 52% menyatakan bahawa mereka yakin bahawa neraka itu ada dan 27% berfikir bahawa neraka itu mungkin ada, sementara yang lain mengatakan bahawa neraka itu tidak wujud.
Dalam suatu kajian yang lain mengenai "seperti apa bah neraka itu?", 48% mengatakan bahawa ia adalah suatu tempat yang benar-benar ada di mana ianya adalah tempat orang-orang menderita seksaan. 46% pula mengatakan bahawa ianya hanya suatu gambaran tentang keadaan manusia yang menderita, ia bukan tempat yang nyata. 6 % mengatakan mereka tidak tahu. (Jika anda ditanya soalan yang sama, what is your answer?)
Paradoks! Mungkin inilah yang dikatakan oleh banyak orang bila bercakap tentang neraka. Ada pihak yang tidak menyukainya kerana sifatnya yang menakutkan, mengerikan dan mungkin juga agak dibesar-besarkan. Ada pihak yang cuba menolak dan menyangkal, malah mempersoalkan rasional kewujudannya. Ada juga yang mengatakan ianya hanya menunjukkan tentang fikiran dan hati manusia sahaja. Sementara golongan yang lain mengatakan bahawa neraka adalah seperti kuburan, di mana semua orang pasti akan mengalaminya.
Why are humans not believe in the existence of hell? (atau ragu-ragu tentang kewujudannya?)
Apakah kerana tidak cukup bukti tentang adanya tempat tersebut?
Atau, apakah manusia dengan sengaja mengeraskan hati untuk mempercayainya bagi membolehkannya melakukan apa saja yang mahu dilakukannya? Anda faham maksud saya? Maksud saya, dia bebas melakukan apa saja (sewenangnya) tanpa perlu risau memikirkan hukuman neraka. Kerana bagi yang percaya bahawa neraka itu nyata ada, pasti akan sangat memperhatikan nilai hidupnya.
Saya percaya tentang kewujudannya. Itu yang saya percaya. Mengapa? Kerana saya percaya...^^
Jumpa lagi dalam tulisan yang lain ya...
Salam damai..

Selasa, 16 September 2014
Bahagia Itu Pilihan..

Saya mengingati satu tulisan tentang kebahagian (tapi maaf, saya lupa penulisnya.. kalau penulisnya adalah anda, let me know ya.. tq)
Tulisan itu lebih kurang seperti ini (saya menambahnya sedikit berdasarkan maklumat yang saya peroleh dari wikipedia);
"Jika kekayaan membuat orang bahagia, tentu Adolt Merckle, jutawan yang berasal dari Jerman, tidak akan menyerahkan tubuhnya kepada kereta api.. (Adolf Merckle membunuh diri dengan menghumbankan dirinya dihadapan kereta api yang bergerak laju pada 5 Januari 2009)
"Jika kemahsyuran membuat orang bahagia, tentu Michael Jackson, penyanyi terkenal dari USA itu, tidak akan meminum ubat tidur hingga overdose..
Jika kekuasaan membuat orang bahagia, tentu G. Vargas, Presiden Brazil, tidak akan menembak jantungnya.. (G. Vargas menembak jantungnya atas nama pengorbanan (katanya) pada tahun 1954)
Jika kecantikan membuat orang bahagia, tentu Marilyn Monroe, artis cantik dari USA , tidak akan minum alkohol dan ubat depresi hingga overdose..
Jika kesihatan membuat orang bahagia, tentu Thierry Costa, doktor terkenal dari Perancis, tidak akan membunuh dirinya hanya kerana acara di TV. (Doktor ini mengatakan bahawa ia dikritik secara tidak adil, tidak tahan dengan kritikan itu, ia memilih untuk membunuh dirinya)"
Terbukti, kebahagian seseorang itu tidak ditentukan oleh kekayaan, kemahsyuran, kecantikan, kuasa, kesihatan dan kecemerlangannya. Bahagia itu adalah dirinya sendiri. Sejauh mana ia dapat bersyukur untuk apa yang ia miliki.
Kalau saja kebahagiaan itu boleh dijual beli, pasti orang-orang kaya membeli habis kebahagiaan itu. Orang-orang miskin tidak akan sempat memilikinya. Sekiranya kebahagiaan itu hanya ada pada suatu tempat, pasti dunia ini ada banyak tempat yang tidak tidak berpenghuni kerana orang banyak hanya tertumpu pada tempat di mana ada kebahagiaan itu.
Tapi syukur kata penulis itu, kebahagiaan itu ada di dalam hati setiap manusia. Apa yang kita perlukan adalah hati yang ikhlas dan fikiran yang jernih.
Bersyukurlah dalam segala keadaan, maka bahagia itu menjadi milik kita. Mustahil? No, no, no.. Bersyukur adalah suatu kemampuan yang dapat dipelajari oleh siapa pun..
Salam damai...
Jumaat, 12 September 2014
Obses Untuk Kelihatan Sempurna..
Hai.. (saya senyum ketika menuliskannya tau.. dengan harapan anda yang membacanya juga senyum...^^)
Hari ini saya mau menuliskan pendapat peribadi tentang kehebatan aplikasi photoshop.. Sesiapa yang mahir menggunakan aplikasi ini mendapati bahawa kesannya adalah magical! Sukar dipercayai. Anda pasti bersetuju dengan saya.
Dalam fikiran saya, ramai orang menggunakan aplikasi ini hanya kerana satu alasan; mahu kelihatan cantik, flawless, perfect... (ada pendapat lain?) mungkin dari satu sudut, segolongan orang menggunakannya kerana tidak yakin dengan penampilan diri. Bentuk muka tidak sempurna (menurutnya sendiri), kulit muka tidak mulus, bentuk badan tidak menarik dan bla bla bla.. Pokoknya semua yang tidak cantik, tidak sempurna, tidak mulus itu mahu diubah.. Dan, berita baiknya adalah Photoshop Application.. Instant, tanpa senaman, tanpa diet, tanpa produk kecantikan, semuanya menjadi "sempurna". Eh, tak percaya? Jom, kita lihat buktinya...
PENAFIAN;
Semua gambar ini bukan milik saya sendiri, saya memuat turunnya dari Google Search.
1. Kulit Angelina Jolie memang cantik, tapi bila produk Photoshop dikenakan padanya, hasilnya lebih mulus, tanpa cela. Hebat bukan?

2. Wow, Neymar!! Dia memang handsome tapi lihat kuasa aplikasi ini, Neymar menjadi lebih macho. macam orang bilang fair and lovely...

3. Dan inilah hasilnya bila kita (orang Asia) menempelkan Photoshop pada wajahnya. Amazing! Serupa patung. Siapa yang tidak mahu kelihatan seperti itu?! Oh my soul.....

4. Jangan risau tentang bentuk badan bila ada Photoshop, santai saja.. Semuanya akan baik-baik saja. Lihat saja hasilnya. Yang 'ringan' dapat diubah menjadi 'lebih berat' dan demikian juga sebaliknya.. hmmm, sukar dipercayai..

5. DAN, sampai pada tahap ini saya melihatnya sebagai
sesuatu yang keterlaluan (apa kata korang?)
Tetapi. apa isunya yang sebenar? Apakah salah untuk kelihatan cantik? Menurut saya tidak, namun ianya bertukar menjadi masalah bila semua yang kelihatan (yang kita pamerkan FB, Instagram, Twiter, dan sebagainya) adalah palsu semata. Di mana keasliannya.? Yang sedang-sedang saja bah kita ni.. ^^ Bukankah kita dicipta oleh DIA yang menghargai dan mengasihi kita seadanya kita sebagai manusia?
Pengajarannya;
Jangan mudah tertipu dengan iklan-iklan produk kecantikan atau kesihatan yang menawarkan kesan segera. Mungkin ianya:
- mempunyai 'sesuatu' sehingga dapat memberikan kesan yang cepat.
- hanya kerana kehebatan photoshop ini sahaja.
Di akhir tulisan ini, saya menyusun sepuluh jari tangan mohon maaf jika ada pembaca yang tersinggung atau terasa hati... Maaf ya.
Salam damai.
Khamis, 11 September 2014
The Money Fly Away..
Hello... (menyapa mesra mereka yang singgah membaca tulisan ni ^^)
Awalnya tidak terdetik untuk menuliskan apa-apa hari ni, hanya mahu menikmati hari yang Sang Pencipta berikan sambil melakukan tugas-tugas asas. Tapi kenapa akhirnya saya memilih untuk mencoretkan sesuatu pada 'kertas' blog ini?? Nah, kerana sekarang ini (ketika jari jemariku mengetik keypad tablet ni) saya ada dalam salon! Ceh dalam salon pun mau bagitau orang kah?Hah, siapa yang mengatakan demikian?
Dengan hati berat saya memutuskan untuk melakukan sesuatu pada rambut kesayangan, entah bagaimana rupanya nanti. I'm wondering.......
Prosesnya? Jangan tanyalah, baunya ampun..very smelly, bad smell..pening kepala saya. They offered me something to drink, dengan sopan saya menolak (hanya memikirkan bagaimana untuk minum dengan mereka yang menggoyang-goyangkan kepalaku..) mereka meletakkan sepinggan kudap-kudapan di hadapan saya. Apakah saya menikmatinya? You know the answer.. Saya hanya menikmatinya dengan mata!! O tidak...
Apa pun, saya sangat mengharapkan hasilnya nanti memenuhi tuntutan harapan. Jika tidak, pasti penyesalan menggunung menghantui kerana harga yang dibayar cukup lumayan, termasuk waktu yang 'terbuang' duduk dalam ruang berpenghawa dingin ini..hmmm..
Kita tunggu dan lihat sajalah hasilnya nanti (berdebar), selepas 3 jam kemudian kot.. apa pun terima kasih untuk layanan baik para pekerja salon ni. Saya menghargainya..
Esok saya akan menulis tentang buku kemarin itu ya.. See ya'..
Salam damai..
Rabu, 10 September 2014
Sederhana itu baik tapi...
Pada satu bahagian pada buku yang saya baca (Becoming the Woman God Wants Me To Be), si penulisnya mencatatkan demikian;
"Ingat, para perempuan, demi kerajaan syurga, demi kesopanan, dan ya, demi kemurahan: lebih banyak kain!"
Bahagian ini bercakap tentang cara berpakaian wanita masa kini (yang juga menurut saya menjadi suatu hal yang dititikberatkan sejak ketamadunan manusia). Mudah untuk menarik perhatian mata-mata jalang (termasuk 'mata-mata alim') melihat kepada aset-aset penting pada tubuh wanita, apa lagi bila aset-aset itu didedahkan.
Dalam banyak hal yang berkaitan dengan cara hidup, sederhana itu baik dengan kata lain, tidak lebih dan tidak kurang. Namun ada pengecualian dalam satu hal iaitu soal KAIN, lebih banyak lebih baik. Tapi bila terlalu banyak sampai meleret-leret (berlebihan) juga menjadi masalah, takut dikatakan membazir pula.. hahahaha...^^
Terutamanya bila kita seorang perempuan, kita perlu mengenakan lebih banyak kain untuk menutupi lengan atas kita, menutupi lutut kita, dan please, please, please lebih banyak kain untuk menutup belahan dada kita.
Beruntunglah anda yang memiliki bentuk tubuh yang menarik dan mempersona, dan beruntung juga suami anda, namun orang yang lain tidak perlu melihat semua itu.
Mungkin kita harus membelanjakan lebih wang kita pada kain yang mahal dan berkualiti baik bagi menyaluti tubuh berharga kita kerana tubuh yang ditutup dengan kain yang murah dan nipis yang mendedahkan rahsia tubuh mu hanya kelihatan bagus pada pandangan mata orang-orang tertentu sahaja (sorry to say ^^).
Emmm.. cukuplah setakat ini, takut ada yang terasa hati pula.. besok kita sambung cerita lain lagi ya. :-)

Isnin, 8 September 2014
Tik Tok Tik Tok....
Hai.. Selamat sepanjang hari.. ^^
Hari ni planning awal bangun lewat sebab tidur pun sangat lewat (jam 3 am baru masuk bilik tidur ;-p), siapa sangka siapa menduga awal pagi ketika mata masih berat, fon tangan si hubby berteriak minta dijawab... hmmmm... Dikhabarkan khabar dukacita, kembalinya seorang lagi kepada si Pemilik nyawa.. (turut berdukacita) Bersyukur kerana masih bernyawa sampai pada jam ini (kerana belum tahu apa yang berlaku sepanjang hari ini kan...) walau pun masih mau tidur sebenarnya... hehehehe..
Bila planning terganggu, semuanya jadi kacau, otak jadi ligat berfikir mengatur semula program sepanjang hari.. Tup tup, ada pula program lain menyelit masuk, yang dirancang tidak terpenuhi tapi segera mempersiapkan diri untuk memenuhi pula tuntutan "program baru". Waktu itulah tiba-tiba terkenang pada blog ni, yang entah berapa bulan tidak dilawat oleh si empunya.. hehehe..(orang tua baru belajar memblogger).
Emmm, oklah sudah tiba waktunya mempersiapkan diri melawat keluarga yang sedang berbelansungkawa..
Jumpa lagi..... Salam damai.
"Pergi ke rumah duka lebih baik dari pada pergi ke rumah pesta, kerana di rumah dukalah kesudahan setiap manusia; hendaknya orang yang hidup memperhatikannya."
Hari ni planning awal bangun lewat sebab tidur pun sangat lewat (jam 3 am baru masuk bilik tidur ;-p), siapa sangka siapa menduga awal pagi ketika mata masih berat, fon tangan si hubby berteriak minta dijawab... hmmmm... Dikhabarkan khabar dukacita, kembalinya seorang lagi kepada si Pemilik nyawa.. (turut berdukacita) Bersyukur kerana masih bernyawa sampai pada jam ini (kerana belum tahu apa yang berlaku sepanjang hari ini kan...) walau pun masih mau tidur sebenarnya... hehehehe..Bila planning terganggu, semuanya jadi kacau, otak jadi ligat berfikir mengatur semula program sepanjang hari.. Tup tup, ada pula program lain menyelit masuk, yang dirancang tidak terpenuhi tapi segera mempersiapkan diri untuk memenuhi pula tuntutan "program baru". Waktu itulah tiba-tiba terkenang pada blog ni, yang entah berapa bulan tidak dilawat oleh si empunya.. hehehe..(orang tua baru belajar memblogger).
Emmm, oklah sudah tiba waktunya mempersiapkan diri melawat keluarga yang sedang berbelansungkawa..
Jumpa lagi..... Salam damai.
"Pergi ke rumah duka lebih baik dari pada pergi ke rumah pesta, kerana di rumah dukalah kesudahan setiap manusia; hendaknya orang yang hidup memperhatikannya."
Langgan:
Catatan (Atom)